Happy Father’s Day Cake

Jun 19, 2007 at 10:43 am (Miscellaneous)

Pagi ni, lepas sarapan ade org daripada Badan Kebajikan UTeM (BAKUTEM) duk antar kek² Father’s Day.. Tiba-tiba je dia berenti n antar kat aku.. Dia kata dh kawin pun dpt gak.. Terharu lak.. Mesti diorg nak doakan aku supaya cepat² jadik father.. huhu.. Aminn..

FDcake02
FDcake01

Pautan Kekal 2 Komen

Aquaria KLCC

Mei 3, 2007 at 12:11 am (Miscellaneous)

Last weekend merasa la aku n Fir ke Aquaria KLCC ni. Walaupun dah dibuka hampir 2 tahun, time ni baru kami berkesempatan ke sana. Aquaria ni terletak di dalam Kuala Lumpur Convention Centre, klu kita drp KLCC, kat sebelah Burger King tu ade satu laluan boleh terus sampai ke Aquaria ni.

Tiket masuk berharga RM 28 utk org dewasa n RM 18 utk kanak-kanak. Selepas bayar tiket je, kita akan diberikan tiket dlm bentuk mcm smartcard dan sekeping cd pasal Aquaria. Tapi sayangnya tiket tadi diambik semula selepas saja kita masuk ke dalam. Akuarium yg mula² sekali ialah akuarium berisi beberapa ekor ikan pari.

Ikan Pari

Seterusnya ade sebuah bekas yang mengandungi anak² ikan yu. Kat sini kita boleh pegang dan usap anak² ikan ni.. Menggerutu kulit dia..

Ade jugak satu bekas lain yg mengandungi anak ikan pari, lobster dan belangkas. Bekas yg terakhir ade tapak sulaiman yg aku dan fir dpt pegang. Keras rupanya tapak sulaiman ni.

Next ade akuarium yg mengandungi beberapa jenis penyu kat Malaysia ni. Di depan dia ade lak ikan belut dan keli elektrik. Bzztt..

Seterusnya ade lak display binatang² yg bukan akuatik mcm katak gergasi, tarantula, kumbang tanduk, ular, monyet mini, kala jengking (baru je dpt anak, pelawat x dibenarkan mengetuk cermin, takut nanti scorpion ni tensen dan bunuh anak dia)

Seterusnya ade satu akuarium besar dan panjang yg mengandungi banyak ikan. Cantik sgt. Didepan dia lak ade satu akuarium yg menunjukkan panorama dlm paya di amazon. Kat dlm tu ade ikan keli besar, arapaima gigas dan banyak ikan besar2 yg lain.

Next ade la satu akuarium yg menunjukkan anak² kelahiran Aquaria. Kiut.

Part paling best ialah time masuk dlm terowong. Kat sini ade satu platform bergerak di dalam sebuah terowong kaca.. Time kami masuk je, tetiba ade sekor ikan pari besar lalu kat atas kepala kami.. Besar gila.. Time tu dpt capture sekejap je video. Kemudian ade banyak lagi binatang best dlm tu contohnya:

- Sekor jerung warna coklat cair tgh lepak atas lantai akuarium

- Shark, shark n shark


- Dan akhirnya pari gergasi yg duduk diam2 utk kami tangkap gambarnya

Ade satu tempat tu dimana kita semua blh menikmati saat² pekerja situ bg mkn ikan² kat dlm tu.. Very nice.. Last but not least, ade satu akuarium kecik yg mengandungi obor-obor yg pelbagai warna. Mmg cun..

Sblm blk kami sempat la memborong kat Atlantis, Aquaria nye gift shop. Fir print gambar kami dgn tapak sleman n aku beli mug aquaria yg cun.. Bagi aku yg mmg sker binatang2 ni, ini adalah pengalaman yg sgt best.. Berbaloi la duit tiket tu kita gunakan melihat makhluk ciptaan-Nya..

Pautan Kekal 4 Komen

Keroro Plamo Collection

Mei 2, 2007 at 11:31 pm (TΦys 'M' i)

Keroro Plamo Collection

Depan: Keroro, Tamama, Giroro, Dororo, Kururu
Belakang: Giroro Robo, Tamama Robo, Dororo Robo, Kururu Robo, Keroro Robo

Aku tak tau la since bila aku minat keroro gunso ni.. tapi Plamo Collection yg ni mmg aku suka.. Setiap keron ada mecha masing-masing yg mana sumenya dicipta oleh Kururu.. Tapi dlm episod 100+ baru keluar nanti. Pastu setiap keron akan ade satu kenderaan mcm skuter tu utk diletak kat bhg2 tertentu pada mecha masing2.. Tapi keron+kenderaan tu boleh gak diletakkan kat tapak yg disediakan (mcm kat atas tu).. Sume mecha ni boleh dicantumkan, tapi aku tak pernah cuba la sebab tak cun pun.. dia lagi cantik asing² mcm ni..

Pautan Kekal 1 Komen

New Super Mario Bros Stylus

April 11, 2007 at 5:18 pm (GameFreak!)

mariostyli

Stylus New Super Mario Bros (NSMB) ni dikeluarkan oleh Yujin. Saiznya tak seperti stylus biasa, ianya lebih besar dan seumpama memegang sebatang pen sebenar. Ianya dtg dalam set yg terdiri drp 6 batang stylus. Setiap satu mewakili objek/watak dalam game New Super Mario Bros (cendawan, brick cube, bintang, coin, kotak [?], bunga). Sehingga kini cuma boleh didapati daripada xl-shop dan teencom.

Aku cuma ada 2 design je iaitu replika mushroom dan kotak [?] sebab aku share beli dgn 2 org user LYN. Masa beli, dia separate antara bhg atas dan bawah.. Kena pasang sendiri, which aku rasa agak susah gak.. bila dh pasang, cantik lak aku tgk.. Maybe tak pakai utk main game sbb aku takut cat dia lama2 tanggal.. Stylus ni ade tali mcm strap henset siap ade logo NSMB, pastu ade lak penutup mcm penutup pen..

stylimanual

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Hedgehog a.k.a Hedgie

April 10, 2007 at 10:07 pm (Miscellaneous)

hedgie

Aritu aku surf² la internet dan terjumpa pasal hedgehog ni. Kat Malaysia ni ramai gak org bela sbg pet. Lepas aku baca semua tentang hedgie ni, berminat lak aku nak bela.. Hedgie yg aku nak bela ni aku akan ambik dekat penjual dia awal bulan depan.

Semua tentang hedgie:
- Bulu dia tak tajam dan mudah tercabut mcm landak. Just bayangkan camne rasanya memegang sebuah berus sabut..
- Dia ni duk diam dan jenis peaceful
- Suka idup sendirian. Diorg x perlu hedgie lain unless utk mengawan
- Diurnal, iaitu tidur separuh siang, separuh malam.
- Makan cat food, mealworm dan certain jenis buah
- Tak seperti hamster atau guinea pig, hedgie tak mengeluarkan bau busuk
- Blh idup sampai 4 -7 taun
- Tak memerlukan suntikan dan sangat tahan penyakit
- Bau amat penting bg hedgie ni
- Senang dibawa ke mana²
- Suka bergulung, sbg tanda protection

Hedgie ni ade bnyk kaler, cam kat atas tu kaler salt & pepper.. Ade gak yg albino. Tp yg aku akan dpt ni kaler s&p..

Pautan Kekal 4 Komen

3 Penyingkiran Dalam Satu Konsert AF

April 9, 2007 at 10:44 am (TV ShΦw)

2F Tersingkir

Sepanjang Akademi Fantasia disiarkan selama 5 musim, pada Sabtu, 7 April lepas adalah kali pertama penyingkiran 3 org pelajar sekaligus telah dilakukan. Ada penonton yg agak terkejut apabila melihat 2 org pelajar yg akan disingkirkan. 2F, mula-mula Fatin kemudiannya diikuti oleh Farha meninggalkan Akademi Fantasia pada malam tersebut. Sejurus selepas Fatin dan Farha bergerak keluar drp dewan, secara tiba-tiba Aznil mengumumkan penyingkiran ke-3 utk mlm tersebut. Noni akhirnya diumumkan sebagai pelajar ke-5 yg akan meninggalkan AF selepas Diya, Afiq, Fatin dan Farha. Semoga semuanya berjaya di luar sana..

Konsert ke-4 menunjukkan perubahan yg agak ketara kepada semua pelajar, selepas menerima kritikan yg teruk pada Konsert ke-3..

Yg hebat: Ebi, Dekna, Aizat

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Takoyaki Lagi

Mac 26, 2007 at 10:48 am (Miscellaneous)

Aritu member aku dtg Melaka. Pas baca blog aku berkenaan Takoyaki dulu, n kebetulan dia nak turun Melaka, dia pun belikan la aku Takoyaki ni kat Jusco One Utama..

Tp masa dia bwk sini tu dah sejuk la. Sedap la jugak rasanya. Kat situ ade gak yg inti lain, ade udang, chicken ham+cheese.. tp dia belikan aku yg inti sotong..

Ni polisterin dia:
Tako1

Ni rupa takoyaki tu, dh x cantik susunannya, maybe sbb dh tergolek² time dia on the way ke sini..
Tako2

Pautan Kekal 3 Komen

Tentang Diya: Pelajar AF5 Pertama Tersingkir

Mac 26, 2007 at 10:10 am (TV ShΦw)

Diya

Hehe, maybe aku lmbt update sket pasal Diya ni..
Nama Penuh Diya ni ialah: Adyana Binti Khalid
Dia adalah pelajar pertama yang terkeluar daripada Akademi Fantasia musim ke-5 ni..

Anak bongsu berusia 21 tahun ni berasal daripada KL. Mak dia org Kajang while bapak dia org Kedah. Pernah hadir audition untuk Akademi Fantasia 4, menggunakan nick Nana pada masa tu. Dia lepas sampai saringan ke-3 tapi kemudian decide utk tarik diri sbb rasa macam belum bersedia. Dan kali ni dia bertuah sbb dpt masuk ke dlm AF5 cuma nicknye ditukar kepada Diya oleh Astro..

Kalau tengok masa Tirai AF 1, kezutan yg ditunjukkan time tu adalah di mana mamat yg dikatakan balak Diya ni cam ala² gaduh sikit pasal org ketiga pastu suruh Diya ni tgk dlm beg, ade logo AF. Personally, Diya kata, dia x suka dgn kezutan / ape yg dicakapkan oleh mamat tu. Mamat tu sebenarnya ex dia, dan dia mcm bengang bila mamat tu mention pasal Hamdan (currently bf Diya ni, Diya panggil Dan) sedangkan diorg dah lama clash pastu mamat tu tau pasal Dan tu la..

Masa konsert pertama Diya menyanyikan lagu Aku Masih Setia (nyanyian Farah Dhiya).. Bagi aku nyanyian dia kira ok² je la (time konsert tu pun, Heliza je yg nyanyi ok, yg lain bak kata Hattan, ke laut).. Time tu, dia kena kritikan yg x baper teruk oleh Gee n Hattan dan agak teruk oleh Ogy.

Diya akan melakonkan satu watak dlm filem arahan Ahmad Idham, tajuk dia Impak Maksima.. Pape pun, gud luck utk Diya..

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Animal Crossing Gashapon

Mac 15, 2007 at 12:26 pm (TΦys 'M' i)

Gashapon Animal Crossing

Gashapon = Capsule Toys

Sbb aku ni tak abis² minat Animal Crossing ni, aku ade la beli 2 gashapon dia.. Tapi kat sini takde jual, so aku order la kat Play-Asia.. Satu gashapon ni cost dia dlm USD 2+ camtu.. Pastu free shipping.. Yg buat aku minat sgt benda ni ialah betapa detailnya benda yg dia buat ni.. rumah dia sebijik mcm rumah dlm game animal crossing, siap ade serombong asap, pagar, peti surat, pintu yg boleh bukak, wallpaper n karpet dlm rumah, katil dan sofa.. pastu dgn karekter utk rumah tu la.. set dia ni ade 6 model tapi aku just ade 2 je.. klu ade semua rumah tu mesti cun..

ni pic utk keseluruhan set:

Animal Crossing

Pautan Kekal 2 Komen

Yus, Raja Lawak Astro

Mac 12, 2007 at 10:26 am (TV ShΦw)

Yus

Salah la tekaan aku bila last week aku mengatakan yg sama ada Zizan atau Johan yg akan menang.. Yus, dgn persembahan Kuch Kuch Hota Hai dan gaya seorg budak kecik berjaya memikat undian penonton sekaligus merangkul gelaran Raja Lawak Astro yg pertama.

Semasa pengumuman juara dilakukan, lebih kerap nama Zizan dan Johan yg dilaungkan oleh penonton studio, dan aku perasan raut muka Johan yg mcm dah terlalu overconfident. Zizan pula prefer utk tunduk tanpa sebarang ekspresi pada wajahnya.

Sayu hati aku tgk rumah Yus. Rumah yg bagi aku kira mcm belum siap 100% tu cuma diduduki oleh dia seorang sbb parents dia dah lama meninggal. Mungkin jugak drp paparan video ni membuatkan penonton berasa simpati pada dia. Pendapat aku la..

Aku kurang suka sikit dgn komen yg diberikan oleh Aziz M. Osman. Aku tau dia profesional, bekerja terancang (walaupun aku tgk cerita Misi XX-Ray tu mcm hampeh je) tapi peserta² ni kan amatur, komen boleh tapi biarlah ayat yg berlapik dan cover pulak dgn pujian sikit. I hate him so badly when he use the word BADUT to Yus. Tapi aku suka sgt apa yg dijawab oleh Sabri Yunus. Clap clap clap..

Persembahan oleh mereka-mereka yg kecundang dgn diketuai oleh Mie mmg besh (w/pun Helmi buat aku irritated).. Bagi aku, Mie tu lebih layak ke Final.

Apa-apa pun, Yus telah memenangi wang tunai RM 20,000, sebuah kereta (lupe lak model ape tu, tapi kalau aku dpt pun pikir 5,6 kali la klu nak bawak ke bandar) serta trofi. Zizan menyusul selepasnya sbg Naib Johan diikuti oleh Johan di tempat ketiga.

Tahniah utk Yus. Teruskan menghasilkan lawak-lawak yg berkualiti.

Semua peserta selepas berakhirnya Gelanggang Akhir (Gambar ihsan web astro)
All

Pautan Kekal 4 Komen

Next page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.